Projek Pelajar 3 Ekspres 2005
2006/07/03
2006/06/27
005. Maklum Balas Sesi Pelita Ilmu

Sila klik di bahagian Pendapat untuk membaca maklum balas pelajar-pelajar mengenai persembahan kumpulan kamu pada 16 Mac 2006. Cikgu hanya memilih beberapa sahaja maklum balas yang diberikan kerana banyak yang serupa.
Kumpulan kamu juga akan mengetahui pengajaran-pengajaran yang diperolehi oleh mereka daripada hasil projek yang telah disampaikan.
2006/01/27
004. Mengimbas Kembali Perasaan

Ketika membuat projek itu, kami berasa bangga mendapat peluang untuk berlakon.
Kelemahan kami ialah kami tidak bersedia dari awal lagi dan semuanya dibuat secara spontan.
Kekuatan kami pula ialah kami dapat membuat filem yang dapat membuat penonton ketawa terbahak-bahak walaupun semuanya secara spontan.
Pengajaran yang ingin kami sampaikan melalui filem ini pula ialah menjadi samseng merupakan perkara yang tidak berfaedah.